Mengecat dinding nampak seperti mudah tetapi banyak benda yang perlu dilakukan sebelum cat disapu ke permukaan yang ingin dicat. Kita perlu memastikan sebelum cat disapu pada permukaan mestilah ada satu lapisan awal atas lapisan asas sebelum lapisan cat (top coat) tersebut.
Sebagai pengguna kita perlu tahu adakah kita memerlukan undercoat untuk disapu ke permukaan sebelum dicat atau kita memerlukan wall sealer atau primer. Ketiga-tiga bahan ini mempunyai kegunaannya tersendiri. Jadi apakah perbezaan diantara primer, wall sealer dan undercoat.
Apa itu Primer?
Primer digunakan terus ke permukaan yang akan dicat. Primer biasa digunakan sebagai lapisan awal sebelum mengecat lantai. Fungsi utama primer adalah untuk memberikan lekatan yang lebih kuat pada permukaan yang akan dicat. Antara fungsi lain primer adalah:
Untuk mengelakkan besi daripada berkarat jika menggunakan primer pada permukaan besi, kerana primer mempunyai bahan anti karat dan bahkan mampu mencegah daripada pertumbuhan kulat.
Apa itu Wall Sealer?
Wall Sealer boleh digunakan sebagai pengganti primer. Wall sealer biasa digunakan sebagai lapisan awal untuk dinding rumah sama ada dinding dalam rumah atau luar rumah. Tujuan utama wall sealer adalah untuk memberi lekatan yang kuat dan perlindungan di antara permukaan asal dengan lapisan cat.
Kelebihan wall sealer adalah ia boleh membaik pulih permukaan dinding lama yang agak susah untuk dicat. Dengan menggunakan wall sealer akan membuatkan kerja-kerja mengecat akan jadi lebih mudah.
Wall sealer mampu untuk memberi perlindungan supaya kemasan cat utama (top coat) tahan lebih lama.
Apa itu Undercoat?
Lapisan undercoat adalah lapisan yang disapu selepas primer atau wall sealer. Kebiasaannya undercoat digunakan sebagai lapisan awal sebelum mengecat besi atau kayu.
Secara ringkasnya, undercoat digunakan untuk mengukuhkan lagi fungsi yang dilakukan primer dan sealer. Termasuk menutup kecacatan yang masih kelihatan di permukaan selepas menyapu sealer.
Di Tukul terdapat ketiga-tiga tersebut iaitu primer, wall sealer dan undercoat. Jadi jika ada yang ingin mengecat rumah atau kedai jangan lupa untuk menyapu lapisan awal sebelum lapisan atas (top coat) cat disapu untuk hasil yang lebih memuaskan. Jika ingin mendapatkan primer, wall sealer dan undercoat sila berkunjung ke Tukul.